Penciptaan Awal Mickey Mouse

13 Nov 2011

Penciptaan Mickey Mouse

mickey

Awal terciptanya Mickey Mouse

Mickey Mouse dicipta sebagai pengganti Oswald the Lucky Rabbit, bintang terdahulu yang dicipta oleh studio Disney untuk Charles Mintz dari Universal Studios. Sebenarnya, wajah Mickey saat penampilan pertamanya banyak menyerupai Oswald. Apabila Disney meminta Mintz untuk belanjawan yang lebih bagi diri Oswald, Mintz mengumumkan bahawa beliau telah mengupah kebanyakan pekerja Disney tetapi Disney boleh meneruskan diri Oswald selagi beliau menyetujui dengan potongan belanjawan itu dan membayarnya. Mintz memiliki Oswald dan menyangka beliau telah mengambil kesempatan terhadap Disney. Ini memarahkan Disney yang kemudiannya menolak tawaran tersebut lalu kembali ke California untuk menerbitkan kartun-kartun terakhir Oswald yang dihutangkan kepada Mintz mengikut kontrak antara mereka. Disney tertipu oleh pengkhianatan pekerja-pekerja beliau namun tekad untuk memulakan kerjayanya semula. Studio Disney yang baru dahulunya merangkumi animator Ub Iwerks dan seorang perantis yang setia, Les Clark. Saat pengajaran yang dipelajari Disney daripada pengalaman ini adalah untuk senantiasa memastikan bahawa beliau memiliki semua hak milik terhadap watak-watak yang diterbitkan oleh pekerjanya

Peluncuran Pertama Mickey

Mickey dan Minnie Mouse muncul untuk pertama kali bersama dalam film kartun pendek Plane Crazy, pada 15 Mei 1928. Kartun ini diarah oleh Walt Disney dan Ub Iwerks. Iwerks juga adalah animator utama untuk fiilm ini, dan dilaporkan bahawa beliau mengambil masa enam minggu mengusahakan kartun ini. Sebenarnya, Iwerks adalah animator utama untuk setiap film pendek Disney yang dikeluarkan pada tahun 1928 dan 1929. Hugh Harman dan Rudolf Ising turut membantu Disney ketika itu. Mereka sudah menandatangani kontrak bersama Charles Mintz yang meskipun begitu masih dalam proses membentuk studio baru beliau maka untuk sementara waktu mereka masih bekerja untuk Disney. Film pertama Mickey ini merupakan kerja animasi terakhir mereka dalam situasi yang agak janggal ini.

Plot Plane Crazy agak ringkas. Mickey kelihatan menjadi pilot dengan mencontohi Charles Lindbergh. Setelah membawa kapal terbang sendiri, dia lalu menjemput Minnie menyertainya untuk penerbangan pertama, di mana dia berkali-kali mencoba mencium Minnie tetapi gagal, lalu Mickey mencoba lagi dengan paksa. Minnie pun menerjun keluar dari kapal terbang. Mickey yang memperhatikan Minnie hilang dari kapal terbang yang dibawanya. Dari detik itulah awal penerbangan luar kawalan yang menyebabkan situasi yang lucu berturut-turut dan akhirnya kapal terbang terhempas.

Mickey dalam Plane Crazy bersifat nakal, berahi, dan kelihatan jahat. Saat pertama kali dikeluarkan, Plane Crazy kelihatan gagal menarik hati penonton, dan lebih buruk lagi, Walt tidak dapat mencari pengedar. Meskipun gagal, Walt terus berusaha membuat film pendek Mickey untuk selanjutnya.


TAGS mickey mouse tentang penciptaan awal Mickey peluncuran pertama Mickey dalam Film Plane Crazy Oswald the Lucky Rabbit perintis mickey mouse cerita kartun mickey mouse pencipta mickey mouse film walt Disney film pertama mickey mouse animasi film plane crazy penciptaan awal mickey mouse


-

Author

Follow Me

Search

Recent Post